FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN
Universiti Malaysia Kelantan

MENGENAI FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN


UMK merupakan universiti awam yang ke-19 ditubuhkan di Malaysia. Pada peringkat awal UMK beroperasi dengan menumpang di Institut Perguruan Kota Bharu, Kelantan. Pada 1 Julai 2007, UMK mula beroperasi secara rasmi setelah berpindah sepenuhnya ke kampus sementara di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Pendaftaran pelajar sulung UMK adalah seramai 295 orang dan terus meningkat setiap tahun. Kini UMK telah beroperasi di tiga (3) buah Kampus iaitu (1) UMK Bachok ; (2) Kampus Kota ; & (3) Kampus Jeli. Manakala sehingga 2018, UMK telah diterajui oleh enam (6) orang Naib Canselor iaitu :

 YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai b. Mohamed (1 Oktober 2006 - 31 Disember 2011)

 YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan b. Hj Che Rose (1 Januari 2012 - 31 Disember 2014)

 YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza b. Mohamed (1 Januari 2015 -  31 Disember 2017)

 YBhg. Prof. Dato' Dr Husaini b. Omar (1 Januari 2018 - 31 Disember 2018)

 YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Noor Azizi b. Ismail (1 Januari 2019 - 28 Februari 2022)

YBhg. Prof. Dato' Dr. Razli b. Che Razak (1 Mac 2022 - Kini)

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) merupakan fakulti yang terawal ditubuhkan bersama penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada tahun 2006 menerusi pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang telah menyatakan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti awam di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006. Hasilnya, penubuhan UMK telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006. Jemaah Menteri telah menetapkan supaya Falsafah Kurikulum Pengajian di UMK hendaklah berteraskan kepada Pendidikan Keusahawanan dan Perusahaan (Entrepreneurship Education and Enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu frasa rangsangan “Entrepreneurship is Our Thrust” (Keusahawanan Teras Kami) dan “Entrepreneurial University” (Universiti Keusahawanan) serta penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai pengupaya (ICT as An Enabler) digunakan secara meluas.   

FTKW juga ditubuhkan bersama penubuhan UMK dan telah beroperasi di Kampus Kota, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa selama empat (4) tahun (2007 - 2010) dan berpindah ke kampus tetap di Bachok pada tahun 2011. Sehingga 2015, FTKW telah berjaya melahirkan ramai graduan dalam bidang teknologi kreatif dan warisan. Penubuhan FTKW bertujuan untuk melestarikan warisan dan mengungguli teknologi kreatif dalam bidang keusahawanan kreatif selaras dengan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN, 2009) di peringkat glokal dan global. Tujuan ini selari dengan visi dan misi UMK sebagai universiti keusahawanan untuk melahirkan graduan yang kompeten dengan ciri-ciri keusahawanan, berkemahiran dan bertrampilan tinggi dalam bidang rekabentuk, teknologi kreatif, warisan, dan keusahawanan kreatif di peringkat pengajian Pra Siswazah dan Pasca Siswazah. Pastinya semua ini dilaksanakan dengan berasaskan intergriti akademik dan etika profesionalisma bagi melahirkan graduan yang berupaya memberikan sumbangan nyata pada pembangunan industri kreatif di peringkat kedaerahan, kebangsaan dan antarabangsa melalui penerapan dan amalan ilmu pengetahuan, teknologi dan keterampilan bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain