FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN
Universiti Malaysia Kelantan

Elektif Kesusasteraan Warisan


Elektif Kesusasteraan Warisan adalah salah satu daripada elektif yang ditawarkan di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian di Jabatan Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan. Hasrat elektif ini untuk melahirkan graduan yang bersifat holistik dan mempunyai daya tahan dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran di alam pekerjaan yang bakal mereka hadapi kelak. Sehubungan itu, Elektif Kesusasteraan Warisan menawarkan kursus-kursus berkaitan dengan disiplin ilmu kemanusiaan dan kesusasteraan. Antara kursus-kursus tersebut ialah Sejarah Kesusasteraan Melayu, Teori dan Kritikan Sastera, Kritikan Drama, Mitologi, Cereka, Kesusasteraan Islam, Teknik Penulisan Kreatif, Kesusasteraan Undang-Undang, Magnum Opus Melayu, Sastera dalam Filem dan Sastera Melayu Kontemporari. Semua kursus ini bersifat kontemporari dan bertepatan dengan keperluan pekerjaan semasa. Selain diperkaya dengan kursus-kursus bersifat kontemporari, pelajar juga diselitkan dengan penerapan elemen warisan dan kebudayaan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Lebih menarik lagi apabila terdapat kursus yang ditawarkan memanfaatkan teknologi digital dalam P&P yang seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikannya dalam menghasilkan tugasan mereka. Impaknya mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing serta mempunyai kemahiran teknologi digital apabila berada di alam pekerjaan nanti. Selain itu, aspek-aspek keusahawanan juga diterapkan agar bertepatan dengan teras universiti sebagai sebuah Universiti Keusahawanan. Bagi memenuhi teras tersebut, pelajar juga didedahkan serba sedikit mengenai kaedah-kaedah untuk memasarkan karya-karya sastera terutamanya dalam konteks pemasaran menggunakan teknologi digital.


Kos Berkaitan

Peluang Kerjaya

 Penyelidik

 Sasterawan

 Penulis

 Penyair

 Pengkritik Sastera

 Penganalisis Sastera

 Perunding

 Pendidik

 Usahawan

Yuran Pengajian
Yuran Pelajar Tempatan
Yuran Pelajar Antarabangsa
Struktur Kurikulum
-

Syarat Kemasukan
Pelajar Tempatan
Pelajar Antarabangsa
Masa Pengajian
4

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain