FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN
Universiti Malaysia Kelantan

Elektif Warisan Budaya


 

Penawaran elektif Warisan Budaya di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berbeza dengan program pengajian berkaitan budaya di institusi pengajian tinggi yang lain. Kedudukannya di negeri Kelantan yang merupakan sebuah negeri yang kaya dan masih bertahan dengan pelbagai khazanah warisan menjadikan kursus ini relevan ditawarkan pada era kontemporari. Meskipun kaya dengan pelbagai khazanah Warisan Budaya yang dimiliki Malaysia mahupun Kelantan seperti Wayang Kulit, Dikir Barat, anyaman, ukiran, seni kraf pembuatan logam seperti emas, perak dan tembaga namun, warisan dilihat masih lagi ketinggalan dari aspek nilai komersilnya. Antara faktor penyumbangnya adalah kelemahan pengurusan warisan itu sendiri. Senario ini membawa satu anjakan baru dalam perkembangan pengajian warisan budaya. Kepentingan pengajian warisan budaya sebagai satu medium pembangunan perniagaan dalam ekonomi telah membuka peluang besar kepada penjanaan pendapatan kreatif, peluang perniagaan dan pekerjaan di seluruh bidang budaya, sektor dan sempadan negara.

Justeru, Jabatan Pengajian Warisan, FTKW UMK  menawarkan satu program profesional di dalam jurusan pengajian warisan budaya yang bersifat transformative, entrepreneurial, market oriented dan innovative. Pengajian Warisan Budaya di UMK bersifat komprehensif dengan menumpukan pengajian merangkumi elemen warisan ketara, tidak ketara dan warisan alam semulajadi. Penerokaan ilmu warisan tidak hanya tertumpu di dalam kuliah tetapi juga memerlukan pelajar ke lapangan bagi meneroka sendiri warisan budaya dengan lebih dekat. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan praktikal menerusi kursus-kursus berkaitan seperti pengurusan seni persembahan, warisan arkeologi, pemuliharaan warisan dan pemuziuman. Graduan dalam bidang ini diharapkan dapat meneroka pasaran baharu bersifat global dalam warisan budaya sekaligus melahirkan graduan graduan yang profesional dan berkemahiran tinggi kepada warga Malaysia khususnya dan pasaran antarabangsa umumnya di Asia Tenggara.


Kos Berkaitan

Peluang Kerjaya

Pegawai Arkib

Kurator

PemanduPelancong

Sukarelawan Muzium

Pegawai Kebudayaan

Choreographer

Pengusaha Produk Warisan

Pengurus Galeri

Pengurus Acara

Artis Budaya

Pensyarah

Penyelidik

Yuran Pengajian
Yuran Pelajar Tempatan
Yuran Pelajar Antarabangsa
Struktur Kurikulum
-

Syarat Kemasukan
Pelajar Tempatan
Pelajar Antarabangsa
Masa Pengajian
4

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain