FACULTY OF CREATIVE TECHNOLOGY AND HERITAGE
Universiti Malaysia Kelantan

Dean's Message


ASSOCIATE PROFESSOR DR. RAJA ISKANDAR BIN RAJA HALID

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera,

Pertama sekali, saya dengan rendah hatinya ingin memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi kerana diberi umur dan kesihatan yang baik untuk menerajui FTKW. FTKW merupakan antara fakulti terbesar di UMK, meliputi bidang pengajian warisan dan seni kreatif.  Menyedari akan pentingnya warisan negara dipelihara di era revolusi 4thIR ini, maka teknologi kreatif memainkan peranan yang amat penting sebagai ‘alat’ untuk melestarikan warisan setempat. Adalah amat malang jika suatu hari nanti warisan kita sendiri tidak dikenali oleh generasi akan datang kerana tidak ‘dihidupkan’ dalam bentuk yang dapat diterima oleh masyarakat semasa. Hasrat utama saya agar seluruh warga FTKW memahami visi dan misi fakulti untuk ‘melestarikan warisan melalui teknologi kreatif’.  Semua warga fakulti perlu mempunyai ilmu serta kesedaran yang tinggi untuk menterjemahkan cogankata tersebut dalam bentuk tindakan atau aktiviti ilmiah. Aktiviti ini seterusnya perlu diterjemahkan dengan penerbitan hasil kajian sama ada dalam bentuk penulisan atau penghasilan karya kreatif yang bersifat ketara (tangible) ataupun sebaliknya (intangible). Setiap ahli akademik dan pelajar perlu benar-benar menjiwai warisan melalui kerja-kerja kreatif mereka. Sebagai sebuah universiti yang mengangkat keusahawanan sebagai teras, maka seluruh warga FTKW perlu juga memikirkan bagaimana untuk bertindak seperti seorang usahawan dalam menghasilkan karya kreatif. Apapun bentuknya, ia perlu mempunyai kualiti yang dapat menarik minat masyarakat banyak untuk mendekatinya. Oleh itu, saya sangat berharap agar seluruh warga kerja FTKW serta para pelajar akan dapat sama-sama mengharumkan nama FTKW dan UMK agar menjadi sebuah institusi rujukan dalam penyelidikan kesenian dan warisan yang disegani. Setiap usaha kita perlu disertai dengan kesungguhan dan doa.  Saya amat yakin, FTKW akan menjadi pusat rujukan dalam bidang pengajian seni dan kajian warisan yang dihormati suatu hari nanti, insyaallah.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah. Wassalmualaikum, warahmatulla hi wabarokatuh.


ASSOCIATE PROFESSOR DR. RAJA ISKANDAR BIN RAJA HALID
DEAN FACULTY OF CREATIVE TECHNOLOGY AND HERITAGE

NEWSLETTER

Subscribe and get latest news regarding our faculty