Official Portal Faculty of Creative Technology & Heritage

Prasiswazah

Pengenalan Program Pengajian

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) menawarkan DUA (2) program pengajian yang diktiraf oleh JPA dan MQA berdasarkan no. rujukan JPA(L)S.180/8/1-96 Klt.7(59) - 16/08/2011 dan tarikh kelulusan Kementerian pada 17 April 2008. Program pengajian tersebut adalah :


1.0 Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian.

1.1  Elektif : Rekabentuk Komunikasi Visual
1.2  Elektif : Rekabentuk Perindustrian
1.3  Elektif : Pengajian Skrin
1.4  Elektif : Tekstil Fesyen
1.5  Elektif : Multimedia
1.6  Elektif : Seni Halus
1.7  Elektif : Animasi

 2.0 Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian

      2.1  Elektif : Konservasi Warsian
      2.2  Elektif : Kesusasteraan Warisan
      2.3  Elektif : Seni Persembahan
      2.4  Elektif : Warisan Budaya

Pendaftaran kursus dilakukan oleh pelajar secara online melalui portal pelajar masing-masing dan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Pra-Pendaftaran Kursus
dan Pendaftaran Sebenar. Bagi pra-pendaftaran, ia dijalankan sebelum berakhirnya semester berkenaan dan pendaftaran sebenar dilakukan dua hari sebelum
kuliah bermula. Sebarang perubahan boleh dilakukan oleh pelajar semasa tempoh pendaftaran sebenar.

Kompenen Program

Struktur program pengajian yang ditawarkan di UMK melibatkan kumpulan kursus-kursus berikut:

KURSUS UNIVERSITI

Kursus Wajib Universiti
Kursus ini bertujuan untuk menjadikan pelajar seorang warganegara yang bertanggungjawab, berdedikasi bagi menyumbang ke arah pembangunan negara.

Bahasa Inggeris & Bahasa Asing
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan komunikasi  pelajar.

Ko-Kurikulum
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dengan kegiatan aktiviti ko-kurikulum bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.

Kursus Kemasyarakatan dan Pembangunan Ekonomi
Kursus ini merupakan program Khidmat sosial atau khidmat kemasyarakatan yang memberi penekanan kepada aktiviti sukarelawan bagi membantu masyarakat meningkatkan keupayaan sosio - ekonomi mereka. Program ini memberi tumpuan kepada konsep keusahwanan sosial (Social Entrepreneurship) dijalankan selama empat (4) semester dngan menempatkan pelajar di dalam sesebuah masyarakat yang dikenalpasti. Pelajar akan mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tumpuan masing-masing termasuk kemahiran insaniah menggunakan kaedah Experiental Learning atau 'Pembelajaran Melalui Pengalaman'.Pelajar akan didedahkan secara praktikal dalam pengurusan kerja dari segi prinsip, jenis perkhidmatan dan amalan kerja serta pembangunan sosio-ekonomi masyarakat. Para pelajar juga didedahkan kaedah perkongsian idea dan maklumat untuk meningkatkan tahap sosiao-ekonomi masyarakat.

KURSUS TERAS FAKULTI
Kursus yang merangkumi ilmu pengetahuan dan kemahiran profesional dalam bidang teras yang diambil di fakulti termasuk asas rekabentuk produk, seni dan komputer, lukisan serta kemahiran studio.

KURSUS TERAS PROGRAM
Kursus teras program menekankan kepada pengkhususan seperti rekabentuk antara budaya, metodologi pendidikan, arkeologi dan warisan, rekabentuk produk, multimedia, rekabentuk tekstil dan fesyen, komunikasi visual serta rekabentuk seni tradisional.


KURSUS ELEKTIF/MINOR
'Student in Entreprise Programme' (SIEP) merupakan satu program sankut atau program peningkatan kemahiran keusahawanan yang diaturkan oleh pihak Fakulti untuk pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan bagi memberikan input tambahan kepada aktiviti pembelajaran dalam kelas yang mana program ini menggunakan pendekatan gabungan pedagogi seperti pemerhatian, pertanyaan, belajar melalui pengalaman, kajian kes serta aktiviti simulasi. Pendekatan pedagogi yang akan digunakan pula diselaraskan dan disesuaikan dengan peringkat pembelajaran dan tema yang dikenalpati.


PROGRAM SIEP
'Student in Entreprise Programme' (SIEP) merupakan satu program sankut atau program peningkatan kemahiran keusahawanan yang diaturkan oleh pihak Fakulti untuk pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan bagi memberikan input tambahan kepada aktiviti pembelajaran dalam kelas yang mana program ini menggunakan pendekatan gabungan pedagogi seperti pemerhatian, pertanyaan, belajar melalui pengalaman, kajian kes serta aktiviti simulasi. Pendekatan pedagogi yang akan digunakan pula diselaraskan dan disesuaikan dengan peringkat pembelajaran dan tema yang dikenalpati.

 

Pengendalian Program

PENILAIAN KURSUS
Penilaian kursus-kursus dalam program pengajian yang ditawarkan di FTKW dibahagikan kepada DUA (2) kategori seperti berikut:
 Kursus-kursus berasaskan peperiksaan akhir. Para pelajar akan dinilai sepanjang tempoh semester dalam bentuk ujian, tutorial, tugasan, projek dan kuiz
    dengan  wajaran markah antara 60% - 70% dan peperiksaan akhir dengan wajaran markah antara 30% - 40%.
 Kursus-kursus berasaskan Penilaian Berterusan (Continous       Assessment) sepenuhnya. Para pelajar akan dinilai sepanjang tempoh semester dalam
    bentuk ujian, tutorial, tugasan, kuiz, pembentangan, pembangunan dan pameran projek oleh     Penilai Jemputan dan Dalaman dengan wajaran markah 100%.

PERMOHONAN GUGUR TAMBAH KURSUS
  Permohonan untuk menambah (Add) dan menggugurkan (Drop) sebarang kursus selepas tempoh pendaftaran boleh dibuat menggunakan borang UMK A-2.
(Sila Rujuk Buku Peraturan Akademik Perkara 4.4.1 dan 4.4.2)

PERMOHONAN PENGECUALIAN DAN PERPINDAHAN JAM KREDIT
  Permohonan untuk mendapat pengecualian dan perpindahan jam kredit pula dibuat menggunakan borang UMK A-3. Borang yang lengkap hendaklah
mendapat perakuan daripada Penasihat Akademik sebelum dihantar ke pejabat Dekan. (Sila Rujuk Buku Peraturan Akademik Perkara 5.7.1)

JUMLAH JAM KREDIT MAKSIMUM DAN MINIMUM SETIAP SEMESTER
  Pelajar juga perlu memastikan bahawa Kredit Maksimum yang dibenarkan diambil / dipelajari pada setiap semester adalah sebanyak 18 kredit dan Kredit
Minimum adalah 12 kredit. Pendaftaran melebihi 18 kredit atau kurang daripada 12 kredit mestilah mendapat perakuan daripada Penasihat Akademik
dan kelulusan daripada Dekan. (Sila Rujuk Buku Peraturan Akademik).

KULIAH & TUTORIAL
  Sistem pengajaran secara teori dilaksanakan melalui kuliah dan tutorial mengikut ketetapan masa yang diatur dalam jadual waktu.

LATIHAN AMALI
  Kelas Amali bertujuan untuk membentuk pemahaman teori pelajar tentang bidang yang dipelajari.

LATIHAN INDUSTRI
  Sistem pengajaran secara teori dilaksanakan melalui kuliah dan tutorial mengikut ketetapan masa yang diatur dalam jadual waktu.

SEMINAR
  Kelas seminar bertujuan untuk melatih pelajar membuat pembentangan hasil projek atau kejian dan juga berpeluang untuk mengaitkan teori dengan amalan dan juga pendedahan kepada perkembangan terkini dalam bidang masing-masing.

STUDIO
  Kursus yang berbentuk projek mewajibkan pelajar melengkapkan tugasan dalam studio.


Hasil Pembelajaran

Hasil diperolehi setelah tamat tempoh program 'dalam bidang "Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (dengan Kepujian)', graduan ini memperolehi :
1. Berkebolehan untuk menghargai, mempromosi dan melestarikan teknologi kreatif di peringkat global.
2. Berkebolehan mencipta rekaan inovatif yang inspirasikan dari sumber budaya bagi kegunaan kontemporari.
3. Berupaya mengurus aktiviti kreatif untuk menjana aktiviti keusahawanan.
4. Berkebolehan menerap teknologi terkini dalam nilai industri kreatif.
5. Berkebolehan mengaplikasikan penggunaann teknologi dalam proses pembelajaran dan penyelidikan industri kreatif.


Hasil diperolehi setelah tamat tempoh program 'dalam bidang "Ijazah Sarjana Muda Warisan (dengan Kepujian)', graduan ini memperolehi :
1. Semangat cintakan, menghargai, mempromosi dan membantu mengekalkan warisan negara di peringkat global.
2. Menggunakan kreativiti dalam kajian warisan supaya lebih praktikal dan inovatif.
3. Berkesan dalam memanipulasi warisan dan sumber semula jadi bagi menjana aktiviti keusahawanan.
4. Berkesan menguruskan dan mempromosi kepentingan sumber alam sekitar.
5. Berkesan menguruskan objek warisan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan.
6. Bijak menggunakan teknologi dalam pembelajaran dan penyelidikan proses kajian warisan.



 


Hubungi

logoumk

Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 01,
16300 Bachok,
Kelantan

Tel:+609-779 7270 Fax:+609-779 7262

Visitor Counter

0271687
Show Today
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
336
925
2651
8102
10911
271687

31.93%
19.81%
7.01%
2.61%
0.11%
38.51%

45 guests