Official Portal Faculty of Creative Technology & Heritage

From the dean's desk

 

                    

Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh, Salam Sejahtera, dan Salam Sehati Sejiwa

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah Rahmat-Nya, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan atau ringkasnya disebut FTKW dapat terus muncul sebagai salah sebuah fakulti di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang berjaya melahirkan para graduan dan usahawan dalam sektor Industri Kreatif di seluruh negara. Buktinya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada April 2016 menjelaskan sehingga sejak 2010 sehingga 2015, sebanyak 7,799 peluang pekerjaan dan RM674.8 juta hasil pelaburan diperoleh melalui program yang dilaksanakan di bawah Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) menerusi dana kerajaan sebanyak RM200 juta melalui RMK ke-10. 

FTKW pada masa ini menawarkan dua (2) program Ijazah Sarjana Muda yang meliputi sebelas bidang pilihan pengajian iaitu tujuh (7) di bawah
Program Teknologi Kreatif dan empat (4) di bawah program Pengajian Warisan.

Bidang Program Teknologi Kreatif :
 Animasi
Pengajian Skrin
Multimedia
Rekabentuk Perindustrian
Rekabentuk Komunikasi Visual
Tekstil dan Fesyen
Seni Halus
            Bidang Program Pengajian Warisan:
Konservasi Warisan
Kesusasteraan Warisan
Seni Persembahan
Warisan Budaya

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringkat pascasiswazah menawarkan program sarjana di bawah mod penyelidikan sepenuh masa iaitu Sarjana Seni (Master of Art) dan Doktor Falsafah (Doctor of Philosophy) dalam bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di peringkat Sarjana Muda dan berdasarkan kepakaran tenaga akademik yang ada di fakulti.

Sejak penubuhan FTKW, usaha-usaha ke arah memperkasakan industri kreatif telah giat dijalankan oleh pihak fakulti dan hasrat ini selaras dengan takrifan Industri Kreatif seperti yang digariskan dalam Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) 2009 seperti berikut:

“penggemblengan dan penghasilan kebolehan dan bakat individu atau berkumpulan berasaskan kreativiti, inovasi dan teknologi yang menjurus kepada sumber keberhasilan ekonomi dan pendapatan tinggi kepada negara dengan memberi penekanan kepada aspek karya dan hak cipta intelek selaras dengan budaya dan nilai-nilai murni kepelbagaian kaum di Malaysia.” 

Selaras dengan niche area UMK iaitu Keusahawanan dan penggunaan slogan Keusahawanan Teras Kami (Entrepreneurship is Our Trust) serta usaha UMK untuk muncul sebagai sebuah Universiti Keusahawanan (Entrepreneurial University), seluruh warga FTKW komited membangun dan memajukan Industri Kreatif Negara ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadi Negara Maju dan Negara Berpendapatan Tinggi menjelang Tahun 2020. 

Justeru, seluruh warga fakulti akan bertindak berasaskan empat (4) Nilai Teras FTKW iaitu (i) Fokus; (ii) Tekal; (iii) Kerjasama; dan (iv) Wawasan dalam usaha mempergiatkan aktiviti-aktiviti dan program-program keusahawanan kreatif bagi melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa. Berlandaskan tema Kreativiti Tonggak Kecemerlangan, warga FTKW bertekad memajukan bidang warisan, teknologi kreatif dan keusahawanan selaras dengan penggunaan motto baru fakulti iaitu Pemerkasaan Warisan dan Teknologi Kreatif Menerusi Keusahawanan (Empowering Heritage and Creative Technology Through Entrepreneurship) bagi mempastikan kewujudan FTKW di UMK dan Malaysia sentiasa relevan, unik dan berbeza di persada dunia. 

Pastinya dengan sokongan padu semua pihak, warga FTKW akan terus berusaha membangunkan bidang keusahawanan kreatif di Malaysia bagi menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi kreatif peringkat nasional, regional dan antarabangsa. 
                                                                    
 

 Akhir kata, saya mewakili seluruh warga FTKW ingin menjemput anda untuk menerokai program-program akademik yang ditawarkan di FTKW dengan terus melayari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fakulti, kakitangan akademik dan peluang-peluang yang kami tawarkan dalam bidang akademik, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat untuk kesejahteraan semua.

“KREATIVITI TONGGAK KECEMERLANGAN”


PROF. MADYA AHAMAD TARMIZI AZIZAN

Dekan,
Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan
Universiti Malaysia Kelantan

Hubungi

logoumk

Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 01,
16300 Bachok,
Kelantan

Tel:+609-779 7270 Fax:+609-779 7262

Visitor Counter

0271702
Show Today
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
351
940
2651
8117
10911
271702

31.93%
19.81%
7.01%
2.61%
0.11%
38.52%

42 guests