Official Portal Faculty of Creative Technology & Heritage

About Faculty

Pengenalan

 

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF & WARISAN

 

 

UMK merupakan universiti awam yang ke-19 ditubuhkan di Malaysia. Pada peringkat awal UMK beroperasi dengan menumpang di Institut Perguruan Kota Bharu, Kelantan. Pada 1 Julai 2007, UMK mula beroperasi secara rasmi setelah berpindah sepenuhnya ke kampus sementara di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Pendaftaran pelajar sulung UMK adalah seramai 295 orang dan terus meningkat setiap tahun. Kini UMK telah beroperasi di tiga (3) buah Kampus iaitu (1) Kampus Bachok ; (2) Kampus Kota ; & (3) Kampus Jeli. Manakala sehingga 2015, UMK telah diterajui oleh tiga (3) orang Naib Canselor iaitu :

YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai b. Mohamed (1 Okt 2006 - 31 Dis 2011)

YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan b. Hj Che Rose (1 Jan 2012 - 31 Disember 2014)

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza b. Mohamed (1 Jan 2015 - kini)

 

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) merupakan fakulti yang terawal ditubuhkan bersama penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada tahun 2006 menerusi pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang telah menyatakan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti awam di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006. Hasilnya, penubuhan UMK telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006. Jemaah Menteri telah menetapkan supaya Falsafah Kurikulum Pengajian di UMK hendaklah berteraskan kepada Pendidikan Keusahawanan dan Perusahaan (Entrepreneurship Education and Enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu frasa rangsangan “Entrepreneurship is Our Thrust” (Keusahawanan Teras Kami) dan “Entrepreneurial University” (Universiti Keusahawanan) serta penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai pengupaya (ICT as An Enabler) digunakan secara meluas.     

FTKW juga ditubuhkan bersama penubuhan UMK dan telah beroperasi di Kampus Kota, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa selama empat (4) tahun (2007 - 2010) dan berpindah ke kampus tetap di Bachok pada tahun 2011. Sehingga 2015, FTKW telah berjaya melahirkan ramai graduan dalam bidang teknologi kreatif dan warisan. Penubuhan FTKW bertujuan untuk melestarikan warisan dan mengungguli teknologi kreatif dalam bidang keusahawanan kreatif selaras dengan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN, 2009) di peringkat glokal dan global. Tujuan ini selari dengan visi dan misi UMK sebagai universiti keusahawanan untuk melahirkan graduan yang kompeten dengan ciri-ciri keusahawanan, berkemahiran dan bertrampilan tinggi dalam bidang rekabentuk, teknologi kreatif, warisan, dan keusahawanan kreatif di peringkat pengajian Pra Siswazah dan Pasca Siswazah. Pastinya semua ini dilaksanakan dengan berasaskan intergriti akademik dan etika profesionalisma bagi melahirkan graduan yang berupaya memberikan sumbangan nyata pada pembangunan industri kreatif di peringkat kedaerahan, kebangsaan dan antarabangsa melalui penerapan dan amalan ilmu pengetahuan, teknologi dan keterampilan bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

 

Visi & Misi


VISI

Menerajui pembangunan modal insan dalam bidang Industri Kreatif yang berciri keusahawanan untuk kesejahteraan masyarakat global yang mapan.

 

MISI
FTKW menyediakan:
  Program akademik dalam bidang industri kreatif yang sentiasa berkualiti dan relevan.
 
menggalakkan aktiviti penyelidikan dan perundingan yang kreatif dan inovatif selaras dengan keperluan pemegang taruh (stakeholders)
     untuk pembangunan lokal dan negara dengan nilai komersial Tinggi.
 Perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat dalam bidang industri kreatif yang mampu meningkatkan
     daya saing dalam keusahawanan kreatif.
 FTKW sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan dan memenuhi kehendak pasaran dengan menyediakan persekitaran kondusif.


Slogan


“Melestari Warisan, Mengungguli Teknologi Kreatif“
“Sustaining Heritage, Championing Creative Technology”

 

Objektif & Matlamat

 

OBJEKIF
   Melestarikan warisan dan menggungguli teknologi kreatif dalam bidang keusahawanan kreatif selaras dengan dasar industri kreatif negara,
      seiring dengan visi dan misi UMK sebagai sebuah universiti keusahawanan.
   Melahirkan graduan yang kompeten dan komited dengan ciri-ciri keusahawanan, berkemahiran tinggi serta berterampilan dalam bidang
      teknologi kreatif dan warisan di semua peringkat pengajian, berasaskan integriti akademik dan etika profesionalisme untuk meningkatkan
      kesejahteraan masyarakat.
   Merancang pembangunan infrastruktur yang relevan dalam semua program FTKW (untuk staf dan masyarakat/CSR) berteraskan tadbir urus
      yang efektif sejajar dengan pembangunan UMK.

 

MATLAMAT
  Melahirkan modal insan yang profesional, kreatif, inovatif, bercirikan keusahawanan, aktif dalam penyelidikan berkualiti merentas disiplin,
     memberi khidmat profesional dan sosial dalam bidang teknologi kreatif dan warisan untuk meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat demi
     memenuhi keperluan negara dan global.



Piagam Pelanggan

FTKW, beriltizam memberikan perkhidmatan secara profesional yang memenuhi kepuasan pelanggan selari dengan asas
penubuhan Universiti Malaysia Kelantan dalam konteks:


Pelajar

1.  Memastikan proses pembelajaran dan pengajaran mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam suasana yang kondusif menjelang 2020.
2.  Meningkatkan aktiviti pengantarabangsaan pelajar.
3.  Menyediakan Khidmat pelanggan yang mesra dan cekap.
4.  Menggalakkan budaya keusahawanan kreatif dalam kalangan pelajar

Staf
1.  Menggalakkan budaya penyelidikan dan pembangunan produk kreatif dan berinovasi dalam bidang industri kreatif yang berpotensi dikomersilkan
     untuk menjana sumber pendapatan fakulti
.Menyediakan sumber dana bagi pembudayaan penyelidikan dan pembangunan ilmu yang bersifat
     kreatif dan inovatif dengan ciri-ciri keusahawanan dalam bidang industri kreatif.
2.  Menyediakan peluang peningkatan profesional berterusan.
3.  Mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan berkebajikan.
4.  Menyediakan platfom yang membantu meningkatkan budaya penyelidikan dan penerbitan.
5.  Menghargai bakat dan kebolehan selaras keperluan fakulti dengan membantu perkembangan kerjaya.

Masyarakat
1.  Memberi layanan mesra pelanggan, cekap dan profesional.
2.  Menyediakan kepakaran sebagai rujukan kepada masyarakat setempat.
3.  Memperluaskan pendekatan mesra masyarakat.

 

 

 





Hubungi

logoumk

Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 01,
16300 Bachok,
Kelantan

Tel:+609-779 7270 Fax:+609-779 7262

Visitor Counter

0271661
Show Today
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
310
899
2651
8076
10911
271661

31.94%
19.81%
7.01%
2.61%
0.11%
38.51%

28 guests