Portal Rasmi Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan

headerbm

Seni Persembahan

Tentang Bidang

Jabatan Pengajian Warisan menawarkan salah satu program paling terkenal di rantau ini. Program ini direka dengan penekanan untuk melatih semua fakulti manusia kita, menyediakan ruang yang mencukupi untuk bertindak secara inovatif serta mengarahkan, memenuhi dan mengatasi semua cabaran dalam pencapaian. Program Seni Persembahan menawarkan peluang belajar dalam bidang disiplin, tarian dan muzik berdasarkan kepada warisan tempatan untuk menanamkan graduan yang berpengetahuan dan berpengetahuan yang memahami dan menghargai seni warisan bukan hanya di peringkat teknikal tetapi juga inovatif, kreatif dan beretika melalui pendekatan yang mampan. Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara teori dan amalan melalui pengajaran dalam kuliah, studio, bengkel, latihan industri, pembangunan produk dan penciptaan, persembahan pengeluaran dan penyelidikan akademik untuk memenuhi keperluan graduasi. Pencapaian pelajar akan dinilai walaupun penilaian berterusan dan peperiksaan.Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian dalam Seni Persembahan menawarkan kursus-kursus teoretikal dan praktikal yang komprehensif seperti kursus-kursus teater tradisional yang memberi tumpuan kepada seni teater tradisional Melayu dan Kelantan, bertindak dan mengarahkan panggung serta muzik ensemble. Di samping itu program ini menawarkan kursus berdasarkan teknologi industri dan keusahawanan seperti pengeluaran dan kursus pengurusan seni, teknologi pengeluaran alat muzik dan pemandangan. Kursus-kursus ini dirancang untuk menanamkan bakat yang dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan serta dipupuk dengan integriti dalam bidang seni persembahan, mampu memenuhi tuntutan dan keperluan industri serta menjadi usahawan seni yang berjaya dalam bidang seni persembahan .

 

Objektif

 

Struktur Kursus

 

Skop Pekerjaan

 Pengurusan Pengeluaran Kreatif

 Pengarah Kreatif

 Penulis Skrip Pengeluaran

 Pelakon

 Koreografer Tarian

 Artis Pelukis Profesional

 Jurucakap Berita

 Pengerusi Majlis Profesional

 Penyelidik

 Perunding

 Pegawai Seni dan Budaya

 Usahawan

 Pendidik

Hasil Karya

Testimoni Pelajar

Aktiviti

17 Februari 2018 merupakan Program Pakat Keceriaan Kelas di Sekolah SK Badak. Jalinan kerjasama yang pertama kali diadakan diantara pelajar Elektif Seni Persembahan tahun 2 dan 3, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan dengan Sekolah Kebangsaan Badak, Bachok, Kelantan. Penglibatan ini bukan sahaja untuk memenuhi keperluan para pelajar Elektif Seni Persembahan selain membuat aktiviti berteater di kampus. Mereka dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain disamping itu mewujudkan sikap kerjasama di antara mereka bagi mewujudkan kemahiran berkomunikasi serta berkepimpinan di antara satu pasukan yang digerakkan. Sebelum program ini dilaksanakan maka pembahagian kumpulan akan dibahagikan terlebih dahulu dan mereka yang terlibat di dalam bahagian tersebut akan membuat kerja mengikut tugasan masing-masing. Penglibatan ini adalah seramai 41 orang pelajar termasuk tahun 2 dan tahun 3.

Menurut pensyarah kursus, hiasan atau sekadar transformasi make-up sahaja adalah tidak mencukupi dan perlu disertai dengan info untuk pembangunan minda murid. Hal ini demikian, tiada sebarang info menarik atau input berilmu disertai sekali dengan tranformasi make up maka tiada ertinya kerana ‘Kita penat tetapi tiada impak dalaman yang menarik’, Kata beliau lagi. Oleh itu, disamping bilik darjah itu dihias dengan pelbagai aksesori yang menarik maka segala info yang berkaitan juga turut dibuat dan dipaparkan di dinding yang berkaitan. Idea kreatif pelajar sangat mahal dan berharga kerana menggambarkan pemikiran intelektual selain di bilik kuliah. Tambahan pula, dapat menarik murid yang kurang bernasib baik dalam matapelajaran akan berimpikan untuk menduduki kelas yang cantik dan harmoni. Kami Elektif Seni Persembahan bersama penasihat kami iaitu Prof Madya Dr. Andika Aziz Hussin selaku Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan juga telah merancang untuk menghias dan membaikpulih serta menceriakan kelas yang teratas sekali yang didalamnya adalah dikalangan murid-murid yang pandai serta bijak. Hal ini untuk menarik murid-murid yang tidak pandai atau tidak berminat belajar akan menjadi rajin berusaha dan bersemangat. Oleh hal yang demikian, semua warga sekolah patut berganding bahu dalam mewujudkan iklim sekolah yang positif dengan mengindahkan kawasan sekolah seperti menanam pokok-pokok bunga, memelihara kebersihan, melukis mural yang sesuai serta menghiasi bilik darjah dengan pelbagai bahan pengajaran yang menarik (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan ‘iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar’. Sebuah sekolah boleh mengalami iklim positif dan negatif (Smith, 1995). Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya mempunyai keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur, malah sering menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok Soon Sang, 2003).

DSC 1171   DSC 1227   DSC 1260
         
DSC 1498   DSC 1533    CSC0284
         
 DSC0001    DSC0002    DSC0006
         
 DSC0009    DSC0010    DSC0033
         
 DSC0059    DSC0068    DSC0155
         
 DSC0178    DSC0218

Klik sini untuk dapatkan artikel mengenai program 

 

CREATEPRO

Creative Transfer Program (CREATEPRO) merupakan sebuah program akademik yang dianjurkan oleh Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK yang meliputi penyertaan siswa dan staf universiti daripada luar negara dan dalam negara. CREATEPRO adalah hasil cetusan idea oleh Prof Madya Ahamad Tarmizi Hj Azizan, Dekan FTKW UMK sejak tahun 2015 bagi tujuan Pengantarabangsaan Pelajar dan Staf Fakulti dan Universiti.

Objektif dan tujuan pelaksanaan program Pengantarabangsaan dan Mobiliti Antarabangsa (Inbound & Outbound) bagi memartabatkan program pengajian yang ditawarkan oleh FTKW dan UMK agar setanding dengan program pengajian di Universiti lain di peringkat antarabangsa. Secara tidak langsung program pengajian di FTKW dan UMK mendapat pengiktirafan negara luar di peringkat antarabangsa.

Keunikan CREATEPRO adalah kerana ianya sebuah program mobiliti yang menerapkan dan mengimplementasikan disiplin ilmu teknologi kreatif, warisan dan keusahawanan dalam semua projek yang dilaksanakan menerusi program ini. Malahan sebagai program mobiliti bertaraf antarabangsa, para peserta akan membuat penyelidikan menerusi kajian lapangan bagi membangunkan projek dalam tempoh yang ditetapkan, melalui sesi penilaian dan perbincangan bersama-sama peserta antarabangsa dan diakhiri dengan sesi pameran akhir program yang melibatkan peserta antarabangsa dengan matlamat melahirkan peserta yang profesional dalam bidang Teknologi Kreatif dan Warisan. Permulaan tahun 2018, CREATEPRO bermula dengan jalinan kerjasama dari negara Thailand yang melibatkan dua universiti iaitu Universiti Prince of Songkla (PSU), Pattani dan Universiti Suan Sunandra Rajabhat (SSRU), Bangkok bersama Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW).

 

CREATEPRO@2018 FTKW, UMK dan Faculty of Fine and Applied Arts (FAR), Suan Sunandha Rajabhat University (SSRU).

CREATEPRO@2018 FTKW, UMK dan FAR, SSRU ini merupakan program CREATEPRO yang ke-5 dianjurkan pada 31Mac sehingga 7 April 2018. Objektif program ini lebih berfokuskan kepada pembangunan dalam bidang kebudayaan iaitu seni tarian yang membawa kepada pertukaran antara dua budaya iaitu Melayu dan Thailand. Anjuran ini adalah salah satu usaha Dr. Kanit Sripaoraya untuk memenuhi proses pembelajaran yang melibatkan teori serta praktikal bagi subjek SPR 3132 Tarian Asia Tenggara. Seramai 24 orang pelajar dari kos Seni Persembahan dan juga berjaya menarik 120 orang peserta dari FAR,SSRU melibatkan diri dalam program ini.

Majlis pelancaran telah diadakan pada 2 April 2018 (Isnin) dan disempurnakan oleh Dekan FAR iaitu Assistant Prof. Dr. Chutima Maneewattana pada jam 9.30 pagi dan beliau juga menyatakan ” Kami menerima kedatangan kamu dengan hati yang terbuka terutama ke fakulti kami. Thailand dan Malaysia sudah lama mengadakan hubungan persahabatan, selain daripada menjadi jiran, kita juga berkongsi budaya, cara hidup dan juga kesenian. Oleh itu, sangat penting untuk generasi muda memahami dan bertukar budaya antara satu sama lain. Saya berharap program ini akan membawa faedah kepada kedua-dua pihak, dan juga kepada kesenian, pendidikan dan negara.”

Pelajar didedahkan kepada bengkel latihan asas serta mempelajari dua jenis tarian yang cukup terkenal di Thailand iaitu Foon Khan Dok dan Glong Yaww. Kedua-dua persembahan ini mempunyai gerak dan rentak yang berbeza dimana Glong Yaww merupakan satu tarian yang mempunyai gerakan dan rentak lebih rancak berbanding dengan tarian Foon Khan Dok yang hanya lebih kepada gerakan perlahan dan lembut.

Terdapat tiga orang tenaga pengajar yang mengendalikan bengkel bagi tarian klasik Thailand iaitu Dr, Phakamas Jirajarupat (Kru Tan), En. Whutthichai Khathawi (Kru Wutt) dan Cik Ratiphat Siriphong (Kru Pleang). Manakala, perserta dari FAR telah didedahkan kepada tarian melayu asli iaitu Zapin dan Joget yang dikendalikan oleh Dr. Kanit Sripoaraya.

Kru Tan memberi input kepada pelajar tentang Asas Tarian Klasik dan fungsinya di dalam kalangan komuniti Thailand . Menurut beliau konsep tarian bagi rakyat Thailand adalah seperti sebuah kehidupan dan ia sering dikaitkan dengan tiga tempat ”Rumah, Kuil dan Istana”. Selain itu,pelajar juga turut berpeluang untuk mempelajari dan melihat dengan lebih dekat Thai Theatrical Puppetry Performance iaitu Hun Lakon Lek dari kumpulan Joe Louis Theater yang ditaja penuh oleh FAR, SSRU. Keistimewaan Hun Lakon Lek ialah patung tersebut berbentuk 3D dan kelihatan seakan hidup. Selain itu, ia dikawal oleh tiga orang dalang yang bermain secara serentak. Setiap dari mereka mempunyai tugas yang berbeza dimana akan diketuai oleh dalang yang mengawal di bahagian kepala dan bahagian atas. Dalang yang ke-2 akan mengawal di bahagian tengah iaitu kaki sekaligus mengimbangi badan patung tersebut. Manakala, dalang yang ke-3 akan bermain tangan kanan patung. Setelah itu, pelajar didedahkan kepada sejarah, teori dan juga praktikal untuk mengawal patung tersebut.

FAR, SSRU juga turut menaja satu persembahan teater berbentuk 4D iaitu Himmapan Avatar di Show DC, Bangkok. Himmapan Avatar ialah sebuah persembahan teater yang membawa penonton melihat dan merasai persembahan secara 360 dan berfantasi tentang sebuah kisah dongeng klasik Thailand iaitu sebuah hutan sakti bernama Himmaparn yang penuh dengan kisah keajaiban.

5hb April 2018, majlis penutupan diadakan dan peserta dari UMK dan SSRU diminta untuk mempersembahkan tarian yang dipelajari hasil daripada input yang diberi oleh tenaga pengajar. Majlis penutupan tersebut, turut dihadiri PM Ahamad Tarmizi Bin Azizan dan juga Dr. Raja Iskandar Bin Raja Halid bagi memastikan kelancaran sekaligus memeriahkan program ini.

                           DSC 3916K  DSC 4072O  DSC 4065N

 

Akhir kata, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya secara keseluruhan. Diharapkan, kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan, sekaligus memartabatkan budaya bagi kedua-dua negara.

 DSC 2967B   CreatePro DSC 2967C 

DSC 2967D  gambarbaru   DSC 3001E

DSC 3015F  DSC 3250G  DSC 3269H 

DSC 3278I   DSC 3334J   DSC 4051L 

                                                       DSC 3400P  DSC 4072O

 

Sila klik https://far.ssru.ac.th/ untuk maklumat lanjut berkenaan  Faculty of Fine and Applied Arts Suan Sunandha Rajabhat University

 

 

 

 

Hubungi

logoumk

Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 01,
16300 Bachok,
Kelantan

Tel:+609-779 7270 Fax:+609-779 7262

Visitor Counter

0524489
Show Today
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
273
5032
8277
22296
18104
524489

41.17%
16.72%
4.33%
1.56%
0.10%
36.13%

9 guests