Portal Rasmi Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan

headerbm

PS3+1

Pengenalan

 Program Pengajian Struktur 3+1 (PS3+1) ini telah diluluskan pelaksanaannya oleh Senat Universiti Malaysia  Kelantan (UMK) untuk diimplementasikan oleh semua Fakulti dan Pusat Akademik di UMK dalam Mesyuarat Senat UMK Bil. 4/2016 (Kali ke 84) pada 26 April 2016. Program PS3+1 adalah suatu pendekatan yang membolehkan pelajar menjalani proses pembelajaran yang lebih lama di luar bilik darjah tradisional atau di luar kampus Universiti selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini Jabatan pendidikan Tinggi (JPT) untuk menghasilkan pelajar yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang serta meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan di Universiti Awam. Program PS3+1 melibatkan proses pembelajaran selama TIGA (3) tahun di dalam kampus secara tradisional dan SATU(1) tahun di luar kampus, termasuk melalui platform e-pembelajaran yang dirujuk sebagai lokasi bukan tradisional. Pusat Pembelajaran UMK (UMKLC) dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) telah melaksanakan projek rintis bermula September 2015 dan akan tamat pada Mei 2016. Projek rintis ini melibatkan seramai 35 orang pelajar yang melaksanakan 13 projek di 10 industri di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Laporan pelaksanaan projek rintis ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Senat Bil. 1/2016 (82) yang bersidang pada 24 Januari 2016. Hasil soal selidik yang dijalankan ke atas kumpulan perintis ini, 85% pelajar mendapat tawaran kerja dengan industri / syarikat yang ditindikan dalam program PS3+1. Natijahnya Senat UMK bersetuju agar program ini dilaksanakan secara menyeluruh di Universiti Malaysia Kelantan mulai Semester September 2017 dan perlu diikuti oleh semua pelajar tahun akhir bagi semua program pengajian prasiswazah, kecuali program pengajian yang terikat kepada kelulusan badan profesional dan program pengajian yang mendapat pengecualian dari Senat Universiti. Sehingga kini, sebanyak lima (5) kohort pelajar-pelajar Jabatan Rekabentuk dan Teknologi Kreatif (JRTK), FTKW, UMK telah mengikuti program ini dengan jayanya dan mencapai objektif program yang disasarkan.

 

OBJEKTIF

Pada akhir program ini diharapkan seperti yang berikut akan dapat dicapai, iaitu : 

    1. Melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang dengan keperluan negara berasaskan keperluan industri kreatif dan berkaitan.

    2. Meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan (graduate employbility) berasakan keperluan industri kreatif dan berkaitan.

    3. Menyediakan tenaga kerja separa mahir dan siswazah yang kompeten dalam ilmu pengetahuan  (Kognitif), kemahiran teknikal (Psikomotor) dan kemahiran insaniah (Afektif) pelajar melalui pelbagai konsep dan kaedah pembelajaran serta pentaksiran, termasuk e-learning, pembelajaran fleksibel, pembelajaran sendiri, pembelajaran melalui pengalaman, serta Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Base Learning - WBL) berasaskan keperluan industri kreatif dan berkaitan.

    4. Melahirkan usahawan berasaskan keperluan industri kreatif dan berkaitan.OBJEKTIF

 

MODEL & KONSEP

 

model__konsep.jpg

 

Tanggungjawab

TANGGUNGJAWAB UNIT PS3+1 / LI / SIEP

  1. Menjadi sekretariat kepada pengurusan, pentadbiran, anggaran kos dan perancangan pelaksanaan program PS3+1 selama mana pelantikan berkuatkuasa.
  2. Menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Unit PS3+1/LI/SIEP.
  3. Menguruskan dokumen Disclosure Agreement antara UMK - Industri /Syarikat.
  4. engurus dan menyediakan surat pelantikan kepada Penyelia Industri /Syarikat (PI/PS) dan Penyelia Universiti (PU) yang bekelayakan kepada pelajar-pelajar yang ditindikkan di industri / syarikat.
  5. Merekod dan mendokumentasikan semua dokumen pelaksanaan program PS3+1 secara sistematik dan mematuhi piawaian pendokumentasian.
  6. Menyediakan takwim pelaksanaan program PS3+1 pada setiap tahun.
  7. Menganjurkan sesi teklimat pelaksanaan program PS3+1 pada setiap semester.
  8. Memastikan kerjasama antara industri / syarikat dan universiti sentiasa dalam keadaan harmoni.
  9. Berunding dengan industri / syarikat untuk menyediakan ruang kerja yang sesuai kepada pelajar-pelajar yang ditindikkan di industri / syarikat.
  10. Berunding dengan industri / syarikat untuk mengagihkan tugasan dan menyediakan bimbingan pelajar-pelajar yang ditindikkan di industri / syarikat berasaskan keperluan penyelidikan dan pembangunan produk / karya kreatif pelajar-pelajar.
  11. Berunding dengan industri / syarikat untuk mempertimbangkan  bantuan menyediakan elaun dan bahan-bahan serta kemudahan alatan / fasiliti berasaskan keperluan penyelidikan dan pembangunan produk / karya kreatif kepada pelajar-pelajar yang ditindikkan di industri / syarikat.

 

 TANGGUNGJAWAB PENYELIA UNIVERSITI (FTKW, UMK)

Pihak UMK akan melantik seorang Penyelia Universiti (PU) yang berkelayakan bagi setiap pelajar yang ditindikkan di industri atau syarikat PS3+1 yang diluluskan oleh Fakulti/Universiti. PU ini berperanan untuk :

  1. Bekerjasama dengan PI/PS dalam menyelia dan membimbing pelajar bagi pembangunan produk/karya kreatif, penyelidikan, penyediaan laporan dan persembahan produk / karya kreatif dalam bidang kepakaran mereka di universiti yang terkait dengan penyelidikan dan pembangunan produk / karya kreatif pelajar.
  2. Bekerjasama dengan PI/PS dalam bertindak sebagai penasihat atau mentor kepada pelajar sepanjang pelaksanaan program PS3+1.
  3. Bekerjasama dengan PI/PS dalam bertindak sebagai penyelia, penghubung antara pelajar dan Penyelia Universiti.
  4. Bekerjasama dengan PI/PS dalam menerima dan mengambil tindakan ke atas aduan yang dilaporkan.

 

TANGGUNGJAWAB PENYELIA INDUSTRI (PI) / PENYELIA SYARIKAT (PS)

Pihak UMK akan melantik seorang Penyelia Industri (PI) atau Penyelia Syarikat (PS) yang berkelayakan (berasaskan pengalaman atau sijil akademik) bagi setiap pelajar yang ditindikkan di industri atau syarikat PS3+1 yang diluluskan oleh Fakulti/Universiti dan Industri/Syarikat. PI / PS ini hendaklah dicadangkan oleh Industri / syarikat dan telah diluluskan dan dipersetujui oleh pihak UMK dan industri / syarikat. PI / PS ini berperanan untuk:

  1. Bekerjasama dengan PU dalam menyelia dan membimbing pelajar bagi pembangunan produk/karya kreatif, penyelidikan, penyediaan laporan dan persembahan produk / karya kreatif dalam bidang kepakaran mereka di ndustri/syarikat yang terkait dengan penyelidikan dan pembangunan produk / karya kreatif pelajar.
  2. Bekerjasama dengan PU ertindak sebagai penasihat atau mentor kepada pelajar sepanjang pelaksanaan program PS3+1.
  3. Bekerjasama dengan PU ertindak sebagai penyelia, penghubung antara pelajar dan enyelia Universiti.
  4. Bekerjasama dengan PU enerima dan mengambil tindakan ke atas aduan yang dilaporkan.

 

TANGGUNGJAWAB INDUSTRI / SYARIKAT

  1. Menandatangani dokumen Disclosure Agreement antara UMK - Industri / Syarikat.
  2. Melantik seorang penyelia industri / syarikat yang bekelayakan kepada pelajar-pelajar yang ditindikkan di industri / syarikat.
  3. Menyediakan ruang kerja yang sesuai kepada pelajar-pelajar yang ditindikkan di industri / syarikat.
  4. Mengagihkan tugasan dan menyediakan bimbingan pelajar-pelajar yang ditindikkan di industri / syarikat berasaskan keperluan penyelidikan dan pembangunan produk / karya kreatif pelajar-pelajar.
  5. Tertakluk kepada keupayaan dan pertimbangan industri / syarikat, adalah disarankan pihak industri / syarikat dapat membantu menyediakan elaun dan bahan-bahan serta kemudahan alatan / fasiliti berasaskan keperluan penyelidikan dan pembangunan produk / karya kreatif kepada pelajar-pelajar yang ditindikkan di industri / syarikat.

 

TANGGUNGJAWAB PELAJAR PS3+1

  1. Mendaftarkan diri untuk menjalani rogram PS3+1.
  2. Mendapatkan, melengkapkan dan menyerahkan Surat perakuan status pelajar FTKW, UMK.
  3. Mendapatkan, melengkapkan dan menyerahkan Surat kebenaran menjalani PS3+1 dari Fakulti.
  4. Mendapatkan, melengkapkan dan menyerahkan Surat pengesahan menjalani program PS3+1 dari Industri dan menyerahkan kepada Pejabat Pentadbiran FTKW sebelum menjalani PS3+1 (LI & PPI serta PPII & SIEP).
  5. Mendapatkan, melengkapkan dan menyerahkan Borang Permohonan Penempatan 3+1.
  6. Mendapatkan, melengkapkan dan menyerahkan Borang Pendaftaran PS3+1 ke Pejabat Pentadbiran FTKW selewat-lewatnya pada semester empat (4) sebelum menjalani PS3+1 untuk diproses dan kelulusan Dekan atau TDAA atau Ketua Jabatan.
  7. Mendapatkan, melengkapkan dan menyerahkan Borang PS3+1 (C) iaitu Borang maklumbalas Industri untuk ditandatangani oleh penyelis PS3+1.
  8. Mendapatkan, melengkapkan dan menyerahkan Laporan oleh industri/syarikat kepada pihak fakulti untuk penilaian setelah tamat program.
  9. Pelajar dikehendaki hadir sepenuhnya dan sentiasa berada di industri sepanjang program PS3+1 berlangsung.
  10. Pelajar dikehendaki mengisi Buku Log Harian yang disediakan dan mendapat pengesahan daripada PI / PS pada setiap hari pekerja serta menyerahkan buku log harian tersebut kepada Penyelia Latihan Industri (PLI) setelah tamat program pada setiap fasa.
  11. Pelajar hendaklah mematuhi dan melaksanakan tugas yang telah ditetapkan oleh industri/syarikat menerusi PI/PS dengan baik seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Fakulti/Universiti dengan industri.
  12. bagi kes khas (seperti keengganan untuk meneruskan program PS3+1 / bertukar tempat program), pelajar WAJIB menulis surat secara rasmi kepada Dekan Fakulti (salinan kepada Penyelaras Program PS3+1) dan menyatakan sebab yang munasabah dan mendapatkan persetujuan industri / syarikat mengikut prosedur yang ditetapkan. Sesalinan surat tersebut perlu diserahkan kepada pihak industri / syarikat menerusi PI/PS.
  13. Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan akhir program PS3+1 dalam bentuk laporan bergambar digital (softcopy dan hardcopy) dan diserahkan kepada Pejabat Pentadbiran FTKW setelah tamat setiap fasa Program PS3+1.
  14. Pelajar adalah masih tertakluk di bawah Akta universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU1971) dan pindaan selepasnya sebagai pelajar Fakulti / Universiti sepanjang tempoh program PS3+1 ini dilaksanakan dan diikuti serta sebelum bergraduat.
  15. Pelajar juga tertakluk di bawah peraturan di industri / syarikat sepanjang tempoh program PS3+1 ini dilaksanakan dan diikuti berasaskan Akta Kerja 1955 dan mana-mana akta buruh yang terkait.

 

Jenis Industri

Dua (2) skop dan jenis industri / syarikat yang boleh dipilih atau dicadangkan oleh pelajar-pelajar / pensyarah / industri / syarikat serta pihak-pihak berkepentingan yang lain (stake holders) dan tertakluk kepada kelulusan oleh Fakulti / Universiti iaitu:

  1. Industri / syarikat tersebut hendaklah dalam skop industri kreatif dan / atau mana-mana industri yang terkait dengan sektor industri kreatif yang dinyatakan dalam Dasar Industri Kreatif Negara 2009 (DIKN) serta diiktiraf oleh Fakulti / Universiti termasuk keusahawanan.
  2. Penempatan juga boleh dilaksanakan di bawah mana-mana unit / pusat di dalam atau di luar Fakulti / Universiti yang diiktiraf oleh Fakulti / Universiti sebagai takrifan skop industri kreatif seperti Creative Accererator Center (CAC) yang diwujudkan di FTKW, UMK, GERIC, UMKEI dan sebagainya dengan kelulusan Dekan. 

 

PENILAIAN

Berasaskan sistem penilaian dan sistem pengredan dalam Buku Panduan Akademik UMK. Dua (2) bentuk penilaian :

    1. Penilaian berterusan (Continuous Assessment) menerusi penyeliaan kursus CFT 4108 Latihan Industri, CFT 3124 PP II dan CFT 4112 SIEP yang dilaksanakan menerusi platform e-pembelajaran, pembentangan pelajar sewaktu lawatan ke industri/syarikat, dan pelaksanaan WBL di industri/syarikat.
    2. Penilaian akhir (fasa 1 dan fasa 2) di kampus dalam XAD CFT 3124 PP I & CFT4134 PP II.

 

 

Takwim

takwim.jpg

 

PELAKSANAAN

 

2pelaksanaan.jpg

 

CUTI

  1. Cuti pelajar adalah tertakluk kepada kelulusan pihak industri / syarikat berdasarkan Akta Kerja 1955.
  2. Pihak industri / syarikat boleh meluluskan cuti rehat selama 7 hari dalam tempoh menjalani program ini pada setiap fasa iaitu samada secara terus untuk tempoh tujuh (7) hari atau secara berselang seli (tertakluk kepada pertimbangan industri/syarikat).
  3. Cuti ini adalah tidak termasuk dengan cuti tujuh (&) hari (1 minggu) dalam proses transisi antara fasa 1 ke fasa 2.

 

Carta Alir Posedur (SOP)

 CARTA_ALIR.jpg CARTA_ALIR_FASA_2_PERTUKARAN.jpg

 

Info Menarik

POSTER__INFOGRAFIK_PS31_V1.1.jpg

back.jpg

KOHORT1

KOHORT2

KOHORT3

 

Hubungi

logoumk

Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 01,
16300 Bachok,
Kelantan

Tel:+609-779 7270 Fax:+609-779 7262

 

qr.umk             qrftkw

http://www.umk.edu.my         http://ftkw.umk.edu.my

Visitor Counter

1017460
Show Today
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
49959
61033
61033
95544
121593
1017460

25.43%
37.73%
3.46%
0.90%
0.06%
32.42%

370 guests