Portal Rasmi Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan

headerbm

Student In Enterprise Program (SIEP)

Pengenalan

SIEP3.PNG

 

Program SIEP merupakan sebuah program WAJIB yang perlu diselesaikan oleh semua pelajar untuk bergraduat. Mesyuarat Senat Bilangan 19 pada Februari 2009 telah bersetuju meluluskan supaya pelaksanaan “Students in Enterprise Programme (SIEP)” WAJIB diikuti oleh pelajar pada Cuti semester (samada Cuti Antara Semester atau Cuti Akhir Tahun Akademik) dijadikan sebagai salah satu syarat pengijazahan, dan ini bermakna tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan, pelajar-pelajar yang gagal mengikuti program tersebut dengan jayanya tidak akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda. Mesyuarat Senat Khas pada 23 Februari 2009 (Ahad) telah memutuskan bahawa program SIEP diberikan nilai kredit sebanyak 2 (dua) jam kredit. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Senat UMK Tahun 2013, jam kredit bagi kursus ini diambilkira dalam pengiraan Kredit Kita dan diambilkira di dalam Purata Nilai gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK). Justru, setiap pelajar wajib menyelesaikan kesemua modul sepanjang tempoh pengajian.

 

Objektif

“Students In Enterprise Programme” (SIEP) merupakan satu program sangkutan atau Program Peningkatan Kemahiran Keusahawanan berdasarkan Garis Panduan Program Peningkatan Kemahiran Keusahawanan Pelajar UMK yang telah diluluskan oleh Senat dalam Mesyuarat Senat Bilangan 9. Objektif SIEP adalah untuk :

 Mendedahkan pelajar dengan aktiviti keusahawanan melalui penempatan pelajar ke industri yang telah ditentukan oleh pihak fakulti atau pilihan pelajar sendiri dengan persetujuan fakulti.

 Menjalankan kajian menerusi kaedah kajian kes, pemerhatian, pertanyaan, dan pembelajaran lansung menerusi pengalaman bekerja di industri.

 Menyediakan hasil laporan latihan SIEP

 Mengemukakan Cadangan Perniagaan Baru dalam modul 4.

Tempoh

Program ini DIWAJIBKAN kepada semua pelajar FTKW dan akan dilaksanakan semasa Cuti semester (samada Cuti Antara Semester atau Cuti Akhir Tahun Akademik). Tempoh keseluruhan minimum bagi program ini adalah selama 40 hari dan dibahagikan kepada 4 modul yang telah ditetapkan sepanjang tempoh pengajian, iaitu :

 Modul 1 (5 hari)

 Modul 2 (10 hari)

 Modul 3 (10 hari)

 Modul 4 (15 hari)

Walau bagaimanapun, pelajar dibenarkan untuk melaksanakan program ini melebihi 40 hari setelah dipersetujui oleh penyelia dan tuan punya premis tempat latihan

Model dan Konsep

Program SIEP adalah berbentuk fleksibel, justru program ini boleh dilaksanakan pada bilabila masa pada Cuti semester (samada Cuti Antara Semester atau Cuti Akhir Tahun Akademik), namun pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak fakulti. Walau bagaimanapun, pelajar diberikan kelonggaran untuk memilih semester untuk menjalani latihan SIEP dengan syarat mematuhi urutan modul. Model dan konsep pelaksanaan latihan SIEP di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) adalah seperti yang berikut :

SIEP.PNG

Struktur

Struktur bagi program SIEP di FTKW adalah seperti ditunjukkan di dalam jadual dibawah .

SIEP2.PNG

Terdapat empat (4) modul hasil pembelajaran yang dirangka untuk sepanjang program. Pelajar dikehendaki akur kepada perancangan yang telah ditetapkan oleh fakulti bagi memastikan matlamat pendedahan kepada aktiviti keusahawanan akan dicapai secara terancang. Semua pelajar dikehendaki LULUS SEMUA MODUL yang telah ditetapkan di dalam struktur program SIEP sebelum berijazah. Urutan modul pada sesuatu semester menjadi pra-syarat sebelum pelajar mendaftar modul untuk semester berikutnya. Pelajar yang GAGAL dikehendaki mengulang modul tersebut sebelum memulakan modul berikutnya.

Klik Sini untuk dapatkan maklumat lanjut tentang SIEP

Hubungi

logoumk

Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 01,
16300 Bachok,
Kelantan

Tel:+609-779 7270 Fax:+609-779 7262

Visitor Counter

0588692
Show Today
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
743
4804
5451
15318
37123
588692

41.02%
18.21%
3.94%
1.41%
0.09%
35.32%

16 guests