Portal Rasmi Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan

Frequently Asked Questions

FAQs

J1 : PROGRAM PENGAJIAN DAN IJAZAH YANG DITAWARKAN

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) menawarkan DUA (2) program pengajian yang diktiraf oleh JPA dan MQA berdasarkan no. rujukan JPA(L)S.180/8/1-96 Klt.7(59) – 16/08/2011dan tarikh kelulusan Kementerian pada 17 April 2008. Program pengajian tersebut adalah :

1.0 Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (No. Ruj. : 11913)
     1.1 Elektif : Rekabentuk Komunikasi Visual
     1.2 Elektif : Rekabentuk Perindustrian
     1.3 Elektif : Pengajian Skrin
     1.4 Elektif : Tekstil Fesyen
     1.5 Elektif : Multimedia
     1.6 Elektif : Seni Halus
     1.7 Elektif : Animasi

2.0 Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian (No. Ruj. : 11914)
     2.1 Elektif : Konservasi Warisan
     2.2 Elektif : Kesusasteraan Warisan
     2.3 Elektif : Seni Persembahan
     2.4 Elektif : Warisan Budaya

Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian dan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian mempunyai tempoh pengajian selama 4 Tahun iaitu lapan (8) semester dengan jumlah kredit minimum yang diperlukan untuk pengijazahan adalah sebanyak 122 kredit.


Maklumat Lanjut : Klik Disini


3.0 Program Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina Dengan Kepujian
(JKPT Ruj. JPT (A) 1000/021//016/01 Jld.2 (35) bertarikh 7 Oktober 2015)
Program Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian mempunyai tempoh pengajian selama 3 Tahun 6 Bulan iaitu tujuh (7) semester biasa dan 3 semester pendek dengan jumlah kredit minimum yang diperlukan untuk pengijazahan adalah sebanyak 120 kredit.


4.0 Program Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman Dengan Kepujian
(JKPT Ruj. JPT (A) 1000/021//016/01 Jld.2 (35) bertarikh 7 Oktober 2015)
Program Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina Dalaman dengan Kepujian mempunyai tempoh pengajian selama 4 Tahun iaitu lapan (8) semester dengan jumlah kredit minimum yang diperlukan untuk pengijazahan adalah sebanyak 120 kredit.

 

J2 : PROGRAM PASCA SISWAZAH

Pelajar berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon degree sarjana atau PhD melalui bidang  penyelidikan.
Lain-lain mod pengajian, iaitu Kerja Kursus dan Kerja Kursus dan Disertasi / Tesis adalah still dalam perancangan.
maklumat dalam lanjut berkenaan dengan permohonan, kursus, yuran etc. boleh didapati melalui Unit Pengurusan Pengajian Siswazah
(Unit Pengurusan Pengajian Siswazah)
Klik di sini untuk senarai view FTKW kepakaran jika anda mencari kawasan yang berpotensi utama dan bersama penyelia.

BIL

NAMA KELAYAKAN

PERINGKAT

BIL KREDIT

BIDANG NEC (National Education Code)

TEMPOH SAHLAKU

TARIKH MULA

TARIKH TAMAT

10

Sarjana Sastera MQA/FA6216

 

NA

210 (Arts (broad programmes))

25/04/2013

NIL

11

Sarjana Sastera MQA/FA6218

 

NA

220 (Humanities (broad programmes))

25/04/2013

NIL

12

Doktor Falsafah MQA/FA6219

 

NA

220 (Humanities (broad programmes))

25/04/2013

NIL

13

Doktor Falsafah MQA/FA6217

 

NA

210 (Arts (broad programmes))

25/04/2013

NIL

J3 : Tempoh pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut :

Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian dan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
mempunyai tempoh pengajian selama lapan (8) semester dengan jumlah kredit minimum yang diperlukan untuk pengijazahan adalah sebanyak 122 kredit.
Program Ijazah sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian adalah 4 Tahun (8 Semester) - (No. Ruj. : 11914)
Program Ijazah sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian adalah 4 Tahun (8 Semester) - (No. Ruj. : 11913)

BIL

NAMA KELAYAKAN

PERINGKAT

BIL KREDIT

BIDANG NEC (National Education Code)

TAHUN DILULUSKAN

SESI DIMULAKAN

1

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian 11914

Sarjana Muda

122

225 (History and Archaelogy)

17/04/2008

2007

2

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian 11913

Sarjana Muda

122

213 (Audio-visual techniques and media production)

17/04/2008

2007

 

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) menyediakan kemudahan studio-studio, bengkel-bengkel dan bilik-bilik kuliah yang berhawa dingin, selesa dan kondusif untuk pembelajaran. Ruang pembelajaran terbuka disediakan bagi anda untuk berkomunikasi dan berinteraksi dalam suasan pembelajaran interaktif. Galeri Terbuka FTKW di aras bawah bangunan FTKW dan BAP dapat dijadikan ruang pameran dan keusahawanan bagi anda meningkatkan kemahiran insaniah dan komunikasi dalam konteks keusahawanan kreatif. Secara sepesifiknya, kemudahan pembelajaran yang disediakan di FTKW bagi mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah kemudahan Audititorium, Bilik Kuliah, Studio Amali, Studio berkonsepkan Work Station, Dewan Terbuka, Galeri, Bengkel Tekstil Fesyen, Bengkel CNC, Bengkel CAD/CAM, Makmal Komputer IMac, Makmal Komputer Windows, Ruang Tutorial, Perpustakaan, Pusat Inkubator, Studio Pos Produksi, Peralatan Pos Produksi, dan Makmal Konservasi.

Penilaian Program Dan Kursus

Penilaian kursus-kursus dalam program pengajian yang ditawarkan di FTKW dibahagikan kepada DUA (2) kategori seperti berikut:
Kursus-kursus berasaskan peperiksaan akhir. Para pelajar akan dinilai sepanjang tempoh semester dalam bentuk ujian, tutorial, tugasan, projek dan kuiz dengan wajaran markah antara 60% - 70% dan peperiksaan akhir dengan wajaran markah antara 30% - 40%.
Kursus-kursus berasaskan Penilaian Berterusan (Continous Assessment) sepenuhnya. Para pelajar akan dinilai sepanjang tempoh semester dalam bentuk ujian, tutorial, tugasan, kuiz, pembentangan, pembangunan dan pameran projek oleh Penilai Jemputan dan Dalaman dengan wajaran markah 100%.

 

SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan minimum untuk semua program adalah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia.Pemohon yang mempunyai pengalaman industri / profesional yang terdahulu boleh diterima sebagai ganti beberapa, atau semua, keperluan akademik rasmi.

Bagi pelajar antarabangsa, kelayakan akademik yang dianggap sebagai setaraf akan diletakkan kira. Pemohon akan dimaklumkan mengenai perkara ini.

Calon STPM hendaklah mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran lain tidak termasuk Pengajian Am, dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam LIMA (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dan mendapat sekurang-kurangnya keputusan lulus pada peringkat SPM dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Kesusasteraan Melayu / Pendidikan Seni Visual / Reka Cipta / Membuat Perabot / Rekaan Dan Jahitan Pakaian / Grafik Berkomputer / Produksi / Multimedia / Animasi Dan Rekabentuk Penerbitan / Penerbitan Multimedia Kreatif / Komunikasi Visual / Seni Halus / Pendidikan Muzik / Tari / Teater / Lukisan Kejuruteraan Pada Peringkat SPM atau Seni Visual pada peringkat STPM.

Calon Matrikulasi hendaklah mndapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran; Dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam LIMA (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; Dan mendapat sekurang-kurangnya keputusan lulus pada peringkat SPM dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Pendidikan Seni Visual / Seni Halus / Rekabentuk / Muzik / Tari/ Teater/ Pendidikan Muzik / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan pada peringkat SPM.

Calon STAM hendaklah Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam LIMA (5) mata pelajaran termasuk mata pelajaran;Bahasa Melayu ; Dan mendapat sekurang-kurangnya keputusan lulus pada peringkat SPM dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Kesusasteraan Melayu / Pendidikan Seni Visual / Reka Cipta / Membuat Perabot / Rekaan Dan Jahitan Pakaian / Grafik Berkomputer / Produksi / Multimedia / Animasi Dan Rekabentuk Penerbitan / Penerbitan Multimedia Kreatif / Komunikasi Visual / Seni Halus / Pendidikan Muzik / Tari / Teater / Lukisan Kejuruteraan pada peringkat SPM atau Seni Visual pada peringkat STPM.

Calon Diploma hendaklah memiliki Diploma dengan kelulusan yang baik dari institusi yang diiktiraf oleh kerajaan, MQA dan diperakukan oleh senat UMK dalam bidang Pentadbiran Awam, Pengurusan Perniagaan, Seni Bina , Seni Bina Dalaman / Rekabentuk Dalaman, Seni Bina Landskap, Rekabentuk Fesyen, Rekabentuk Tekstil, Multimedia, Komunikasi Visual, Grafik / Animasi dan Fotografi serta mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50; Atau memiliki kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh senat UMK dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50 ; Dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam LIMA (5) mata pelajaran termasuk matapelajaran Bahasa Melayu dan mendapat sekurang-kurangnya LULUS pada peringkat SPM dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Kesusasteraan Melayu / Pendidikan Seni Visual / Reka Cipta / Membuat Perabot / Rekaan Dan Jahitan Pakaian / Grafik Berkomputer / Produksi / Multimedia / Animasi Dan Rekabentuk Penerbitan / Penerbitan Multimedia Kreatif / Komunikasi Visual / Seni Halus / Pendidikan Muzik / Tari / Teater / Lukisan Kejuruteraan Pada Peringkat SPM atau Seni Visual pada peringkat STPM. Bagi Calon Diploma Tahun kemasukan dan tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kursus yang diluluskan oleh UMK.Calon dikehendaki mengemukakan keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (dari semester pertama sehingga ke semester akhir) ke UMK. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan salinan Diploma/ Setaraf atau surat pengesahan tamat pengajian dan lain-lain dokumen sokongan beserta salinan borang permohonan atas talian seperti mana yang disenaraikan sebelum tarikh tutup permohonan.

Pihak fakulti tidak menyediakan penginapan pelajar. Penginapan disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal pelajar dan Alumni UMK di Kolej-kolej kediaman
yang telah ditetapkan di dalam dan luar kampus.

Jarak UMK Kampus Bachok daripada Kota Bharu adalah lebih kurang 26.3 KM sekiranya menaiki kereta dan kenderaan darat yang lain.

Untuk Sampai ke Kampus Sementara UMK, iaitu Kampus Pengkalan Chepa anda boleh menggunakan pelbagai medium pengangkutan iaitu :-

Pengangkutan Udara
Samada menggunakan perkhidmatan MAS(Malaysia Airlines) , AirAsia atau pun FireFlyz dan mendarat di Kota Bharu

Pengangkutan Darat
Untuk pengangkutan darat,terdapat beberapa alternatif yang boleh digunakan iaitu perkhidmatan keretapi (KTMB) atau bas. Untuk perkhidmatan keretapi KTMB menyediakan perkhidmatan ekspress dari Kuala Lumpur ke Wakaf Bharu untuk sampai ke Kelantan. Stesen Wakaf Bharu merupakan stesen yang paling hampir dengan Kota Bharu. Manakala perkhidmatan bas boleh menggunakan Terminal Putra,KL untuk ke Kota Bharu. Terdapat berbagai bas yang menyediakan perkhidmatan ke Kota Bharu

Untuk ke Kampus Bachok atau Kampus Jeli, bolehlah menggunakan perkhidmatan awam.

Universiti Malaysia Kelantan mempunya 3 kampus di Kelantan iaitu Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Karung Berkunci 36,
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Kampus Bachok,
Beg Berkunci No.01,
16300 Bachok,
Kelantan.

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Kampus Jeli
Beg Berkunci No. 100
17600 Jeli,
Kelantan

Pengangkutan Darat

Untuk pengangkutan darat,terdapat beberapa alternatif yang boleh digunakan iaitu perkhidmatan teksi atau bas. Untuk perkhidmatan bas, anda boleh menggunakan Terminal Bas Kota Bharu (Berdekatan TESCO) dan syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) telah menyediakan perkhidmatan bas bandar dengan bayaran mengikut zon-zon yang ingin dituju. Stesen bas bandar di Kota Bharu Bandar Raya Islam terdapat di dua lokasi iaitu di Jalan Pendek dan berdekatan dengan Masjid Muhammadi (Kampung Kraftangan). Terdapat berbagai bas seperti City Liner yang menyediakan perkhidmatan daripada Kota Bharu ke Bachok.

SUMBER KEWANGAN & BIASISWA

Pelajar FTKW layak memohon biasiswa dan pinjaman daripada kerajaan atau mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan seperti :

1. PTPTN
2. MARA
3. JPA
4. Yayasan Pelajaran Negeri
5. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM)

Pelajar juga boleh terus memohon biasiswa melalui badan bukan kerajaan seperti :

1. SHELL
2. ESSO
3. PETRONAS
4. NEW STRAITS TIMES
5. BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN
6. FELDA
7. ASTRO dan lain-lain (berdasarkan kelayakan dan terma yang ditetapkan).

Hubungi

logoumk

Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 01,
16300 Bachok,
Kelantan

Tel:+609-779 7270 Fax:+609-779 7262

Visitor Counter

0271691
Show Today
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
340
929
2651
8106
10911
271691

31.93%
19.81%
7.01%
2.61%
0.11%
38.52%

45 guests