NOTIS PEMAKLUMAN PRA PENDAFTARAN KURSUS (WAJIB)

SYARAT DAN TEMPOH PRA PENDAFTARAN KURSUS (WAJIB) BAGI SEMESTER SEPTEMBER SESI 2020/2021

  1. SYARAT PRA PENDAFTARAN KURSUS (WAJIB)

1.1. Hanya pelajar berikut dibenarkan untuk membuat Pra Pendaftaran Kursus (Wajib)

a) Pelajar telah menjelaskan semua baki hutang [hutang yuran pengajian (Pejabat Bendahari/ kompaun (Pejabat HEPA & Pejabat Keselamatan) / denda perpustakaan (Pejabat Perpustakaan)].

b) Pelajar telah membuat Penilaian Pensyarah (Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik).

2. TEMPOH PRA PENDAFTARAN KURSUS (WAJIB)

2.1. Tempoh Pra Pendaftaran Kursus (wajib) akan bermula pada 9 Ogos hingga 15 Ogos 2020. Semua pelajar perlu membuat Pra Pendaftaran Kursus (wajib) secara atas talian (ecomm) dalam tempoh berkenaan. Kegagalan pelajar membuat Pra Pendaftaran Kursus (wajib) akan menghalang pelajar daripada mengikuti kuliah pada semester akan datang.

2.2. Tindakan oleh pelajar sekiranya mempunyai masalah untuk membuat Pra Pendaftaran Kursus (Wajib) disebabkan pertindihan jadual:

a) Sila ambil gambar skrin sebagai bukti pertindihan jadual

b) Isi dan lengkapkan Borang Pendaftaran Kursus UMKA1 di fakulti dan disertakan bukti berkaitan (gambar skrin).

c) Pengisian dan penghantaran borang ke fakulti hendaklah dilakukan dalam tempoh Minggu Pra Pendaftaran Kursus (Wajib) iaitu pada 9 Ogos hingga 15 Ogos 2020. Sebarang penghantaran selepas tempoh tersebut akan dikenakan denda.

3. DENDA PELAJAR TIDAK MEMBUAT PRA PENDAFTARAN KURSUS (WAJIB)

Mana-mana pelajar yang tidak membuat pra pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan denda sebanyak RM50.00 per kursus.

BAHAGIAN PENTADBIRAN AKADEMIK

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

20 JULAI 2020