FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN
Universiti Malaysia Kelantan

PIAGAM PELANGGAN


Bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi KPI yang ditetapkan, maka warga FTKW berazam untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan menerusi Piagam Pelanggan seperti berikut :

FTKW akan berusaha memenuhi kehendak pemegang taruh, pelajar, ibu bapa, pembekal, industri, penggiat dan pihak media. FTKW berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti :

  • Menyediakan program dan kurikulum akademik yang unik, relevan dan dapat mewujudkan pasaran baru secara formal dalam bidang teknologi kreatif dan warisan berteraskan keusahawanan dan perkhidmatan secara holistik.
  • Memastikan tenaga pengajar yang profesional, berkelayakan dan khidmat nasihat mesra yang memenuhi keperluan pelanggan.
  • Menyediakan prasarana yang kondusif selaras dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran di peringkat universiti.
  • Menyokong dan mendokong usaha memasyarakatkan  pemulihan dan pemeliharaan warisan negara secara lestari.
  • Membantu menyelesaikan sebarang masalah pemegang taruh dalam tempoh 1 minggu selepas dikemukakan.

Berdasarkan Buku Pelan Strategik FTKW 2010-2020

 

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain