Sarjana Sastera/PhD dalam Komunikasi Visual ialah program penyelidikan yang ditawarkan sepanjang tahun. Program ini ditawarkan sebagai mod sepenuh masa dan separuh masa kepada pelajar Malaysia dan antarabangsa yang berkelayakan untuk membuat penyelidikan bebas dengan diselia oleh pensyarah bertauliah dalam bidang Komunikasi Visual di bawah kluster Penyelidikan Seni Kreatif dan Teknologi. Memandangkan bidang Komunikasi Visual adalah dinamik, terdapat banyak peluang penyelidikan baharu yang boleh diterokai. Selepas tamat pengajian, pelajar boleh bekerja sebagai ahli akademik, penyelidik, Pereka Komunikasi Visual, Perunding Komunikasi Visual, Perunding Multimedia, Pengarah Kreatif, profesional di peringkat pengurusan, dan lain-lain dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.
1) Ahli akademik
2) Penyelidik
3) Pereka Komunikasi Visual
4) Perunding Komunikasi Visual
5) Perunding Multimedia
6) Pengarah Kreatif
7) Profesional di peringkat pengurusan dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.
- |