Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan di bawah subjek Sastera Islam (SCH2093) dengan kerjasama Kelab Ilmuwan Warisan Universiti Malaysia Kelantan (KIWA UMK) akan menganjurkan Webinar Antarabangsa Kesusasteraan Islam Sebagai Pemangkin Kebudayaan Masyarakat Serantau. Program ini bertujuan untuk mengangkat kesusasteraan Islam dalam dunia budaya masyarakat serantau. Sastera mengikut perspektif Islam adalah pembawaan perasaan yang jujur dan ungkapan dinamik yang indah tentang pemahaman yang telah memberikan inspirasi kepada pembentukan keperibadian masyarakat serantau. Butiran adalah seperti berikut:
Tarikh : 15 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
Pautan : https://www.facebook.com/kiwauniversitimalaysiakelantan/
Link Pendaftaran : https://forms.gle/ZQXZjTDAHtDNST9r5
Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi nombor di bawah :
+601117548725 (Nadzratul Farieha)
+601112986478 (Aima Salsabila)
Pameran pelajar tahun akhir bidang Teknologi Kreatif (Reka Bentuk Perindustrian), Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Sesi lawatan Pra Audit Kualiti Dalaman secara maya melalui aplikasi google meet oleh Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) ke Fakulti Teknologi Krweatif dan Warisan (FTKW)
Hebahan
Teromba sebagai puisi warisan? Jom dengar dengan lebih terperinci melalui bicara ini. Webinar ini bertujuan untuk mengangkat fungsi dan kerelevanan Teromba dengan amalan kehidupan masyarakat kini. Semua dijemput untuk mengikuti Webinar Siri bicara Warisan kali ke 2 bersama Profesor Madya Datuk Paduka Dr Rosli Saludin (UKM) dan Dr Nordiana Ab Jabar ( UMK) pada 24 Disember 2020 jam 10 pagi.
3765381013507150?s_bl=1&s_psm=1&s_sc=3765381096840475&s_sw=0&s_vt=api-s&a=Aby-8D0xRtHvHfRM
Audit Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE) di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) pada 17 Disember 2020 oleh Pusat Pengurusan Kualiti (PPQ), Universiti Malaysia Kelantan. Skop pengauditan 5S adalah seperti berikut:
i. Ruang pejabat termasuk laman web setiap PTj;
ii. Kaunter khidmat pelanggan;
iii. Tandas;
iv. Ruang penyimpanan fail
v. Alat pemadam api; dan,
vi. Peti kecemasan
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Bengkel Pengemaskinian Fail Program Dan Fail Kursus Mengikut Malaysian Qualifications Framework (MQF) Version 2.0 Di Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan (FTKW) diadakan pada seperti butiran berikut:
Tarikh : 20-22 Disember 2020 (Ahad - Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Aras 1, Bilik Mesyuarat Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK Bachok
Penceramah :
Prof. Madya Ts. Dr. Khairul Azhar Bin Mat Daud
Timbalan Dekan (Akademik & Pembangunan Pelajar)
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan
Digital Exhibition and Accessment for Final Year Students